PM santuni pengunjung Pasar Sehari Kerayong

PM santuni pengunjung Pasar Sehari Kerayong

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan sesi kempen beliau dengan mengunjungi Pasar Sehari Kerayong, pagi ini.

Ketibaan Naib Presiden Umno bersama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, Datuk Sabariah Saidin mendapat sambutan mesra daripada peniaga dan pengunjung.

Ketika meninjau sekitar pasar sehari itu, Ismail Sabri turut bertembung dengan calon Pakatan Harapan(PH) bagi kerusi Parlimen Bera, Abas Awang yang turut berkempen di lokasi sama.

Perdana Menteri meluangkan masa berbual dengan pencabarnya selain bertanya khabar dua lagi calon PH bagi kerusi DUN Guai, Noraini Abdul Ghani dan DUN Triang, Leong Yu Man.

Beliau kemudian meneruskan tinjauan dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di pasar sehari, yang kebanyakan teruja bertemu dengan pemimpin negara itu.

Ismail Sabri dikatakan mempunyai jadual padat pada hari ini termasuk menghadiri Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan.

Selain itu, beliau akan berkunjung ke FELDA Bukit Mendi, Kampung Sungai Tuang dan Kampung Mengkarak. – Malaysiapost

Kredit foto Buletin TV3

Komen