Rakyat pilih BN dan Ismail Sabri
RAKYAT perlu memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia dan bagi masa depan Malaysia.
Berdasarkan tinjauan Malaysiapost, di kawasan Parlimen Bera sempena kempen PRU-15, ramai menyuarakan agar BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberi mandat untuk menerajui negara sekali lagi.
Yuhanawati Yahya, 45, berpandangan hanya BN sahaja yang boleh menjamin kesejahteraan Malaysia dan bukannya kerajaan yang tidak bagus susulan kalah pada PRU-14.

“Pada persepsi saya sendiri kerajaan BN bukan tidak bagus. Jika kita lihat semasa Covid-19..siapa yang bantu rakyat, adakah kerajaan ’22 bulan’? Atau kerajaan yang ada sekarang ini.
“Kalau kerajaan ’22 bulan’ saya rasa mereka tidak dapat membantu seperti mana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buat. Jadi saya rasa rakyat Malaysia perlu memilih kerajaan BN,” katanya.
Ditanya mengenai Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, Yuhanawati menyukai caranya mentadbir negara kerana merangkumi seluruh Keluarga Malaysia.
“Saya suka cara Ismail Sabri (memerintah) bukan kerana saya bekerja di Parlimen Bera tetapi saya lebih suka caranya kerana dia memilih semua.
“Dia tidak memilih hanya satu..tidak hanya keluarga Melayu atau keluarga lain, tetapi dia memilih semua bangsa tak kira Melayu, India, Cina, Orang Asli, Kadazan, Iban dan semua,” katanya.
Mohd Sabri Hamdan, 57, pula berpendapat sememangnya rakyat sudah lama memberi mandat kepada BN untuk memerintah negara, namun pada pilihan raya yang lalu rakyat memilih sebaliknya.

“Jadi kita cubalah sekali lagi (beri mandat) untuk baiki kesilapan yang lepas. Mungkin (BN) perlu baiki lagi ke arah kemakmuran dan kebaikan negara
“Nak kata PH bagus atau tidak, mereka hanya memerintah 22 bulan sahaja dan kita belum tengok lagi sehingga sepenggal, namun dah ditakdirkan mereka tidak dapat memerintah lagi.
“Kerajaan BN sepatutnya menggunakan peluang ini untuk membaiki apa kesilapan yang membuatkan mereka kalah pada 2018 yang lalu,” katanya.
Mohd Sabri turut mahukan Ismail Sabri terus menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerana berpandangan beliau seorang pemimpin yang merendah diri dan dekat dengan rakyat.
“Saya akan pilih Ahli Parlimen saya iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Apa yang saya lihat pada beliau adalah, beliau seorang yang merendah diri dan dekat dengan rakyat.
“Segala perbuatan, pemakanan dia yang kita tengok. Memang dekat dengan hati rakyat. Kalau kita tengok dia makan, makanannya adalah makanan kampung..itu kesukaannya. Kalau kita tengok dari sudut itu kita rasa dekat dengan dia.
“Saya juga tak pernah tengok kesombongannya. Apa yang kita tengok dikhalayak ramai dia sentiasa mendengar masalah rakyat dan ambil tahu,” katanya.
Bagi pengundi muda yang buat pertama kali akan mengundi, Mohd Luqman Hakim Alias, 19, turut yakin BN adalah kerajaan terbaik untuk memerintah negara.

Menurutnya, ia berdasarkan bagaimana kerajaan pimpinan Ismail Sabri menangani pandemik Covid-19 dengan baik.
“BN boleh beri pelbagai kemudahan bukan sahaja kepada golongan muda tetapi kepada semua rakyat,” katanya. – Malaysiapost