Ular tedung mati digigit budak lelaki di India
SEEKOR ular tedung mati selepas digigit seorang budak lelaki berusia lapan tahun dalam satu kejadian luar biasa di India, menurut pihak berkuasa kelmarin.
Kejadian itu berlaku di kampung Pandarpadh, sebuah kawasan terpencil di tengah wilayah Chhattisgarh, Isnin lalu.
Menurut laporan media, ketika kejadian, ular itu dilaporkan melilit lengan kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Deepak, sebelum mematuk kulitnya.
Deepak kemudian membalas serangan reptilia itu dengan mengigitnya kembali sehingga mati.
“Ular itu telah melilit tangan dan menggigit saya. Disebabkan reptilia itu tidak berganjak, saya menggigitnya dengan kuat sebanyak dua kali,” katanya.
Ibu bapa Deepak kemudian membawanya ke pusat perubatan berhampiran dan dipantau untuk memastikan pulih sepenuhnya.
Doktor mendapati mangsa mengalami kesan ‘gigitan kering’ yang bermaksud ular tedung itu tidak mengeluarkan racun.
“Deepak tidak menunjukkan sebarang gejala dan pulih dengan cepat kerana gigitan kering apabila ular berbisa menyerang.
“Tiada racun yang dikeluarkan untuk gigitan seperti itu,” katanya. – Malaysiapost