Covid-19: 3,913 kes baharu, 5 kematian semalam
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lima kematian baharu akibat Covid-19 semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,487 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, dua kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu, sebanyak 3,913 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan empat kes import.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,889,062.
Selain itu, seramai 35,039 individu atau 95.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,610 kes pula dirawat di hospital dan 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost