Jawatankuasa khas ditubuh pantau tawaran ‘PN Best’ – Radzi
DATUK Dr Radzi Jidin yakin tawaran Perikatan Nasional (PN) bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’ atau PN BEST mengambil kira pandangan dan sentimen yang penting kepada rakyat dan negara.
Radzi yang juga calon PN Putrajaya, berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Tawaran PN, beliau percaya tawaran yang digubal dapat memberi jaminan PN akan mempertahankan keluhuran Perlembagaan, menjunjung Islam sebagai dan melindungi hak semua kaum.
Dalam hantaran Facebook, beliau berkongsi sebahagian daripada 50 tawaran utama PN seperti berikut :
- Ekonomi yang rancak, termasuk melalui tabung khas galakan pelaburan RM5 bilion dan 1 juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
- Rakyat yang sejahtera termasuk mewujudkan one stop centre MyPrihatin untuk semua penyampaian bantuan rakyat, memperkenalkan Kad Prihatin Nasional untuk akses perkhidmatan kesihatan, menyediakan perkhidmatan bas dan pusat penjagaan percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar, serta skim khas bagi pekerja gig, nelayan dan pekebun kecil.
- Tadbir urus yang kukuh termasuk dengan melarang sumbangan dana politik dari luar negara, memperkasa pelan antirasuah nasional dan sistem perundangan dan kehakiman syariah serta menubuhkan badan bertindak bencana alam dan perubahan iklim.
3.Pendidikan yang inklusif termasuk akses internet laju dalam bilik darjah dan bilik guru, dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat serta RM2.5 bilion peruntukan penyelenggaraan sekolah.
- Bumiputera, Orang Asli dan semua kaum yang sejahtera termasuk melalui pemerkasaan agenda pembangunan Bumiputera dan mempertahankan hak semua kaum serta pembangunan sosioekonomi Orang Asli dan golongan minoriti yang menyeluruh.
- Merapatkan jurang pembangunan Sabah dan Sarawak termasuk menyegerakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 serta penubuhan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak.6. Belia peneraju termasuk dengan melantik senator dalam kalangan belia dan beliawanis, diskaun 25% bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan kelas kedua atas dan skim perumahan mikro belia mampu sewa.
- Kumpulan rentan yang dilindungi termasuk menubuhkan Jabatan Warga Emas, Dananita-wanita bangkit berniaga dan program latihan OKU (Orang kelainan Upaya) lepasan sekolah.
- Generasi FELDA yang diperhebat termasuk menawarkan Wawasan Felda Baharu bagi menjamin masa hadapan generasi muda di kawasan rancangan FELDA.
Sementara itu, beliau berkata sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan dan dianggotai pakar untuk memantau bagi menjamin tawaran PN BEST dilaksanakan sepenuhnya.
“Dengan tawaran yang komprehensif ini, saya yakin rakyat akan memberi kepercayaan dan undi kepada PN untuk menerajui kerajaan selepas 19 November ini.
“Jika dipilih menubuhkan kerajaan, PN komited untuk membentuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil bagi menjamin kemakmuran berterusan dan membina Malaysia yang inklusif dan gemilang, insyaAllah,” katanya. – Malaysiapost