Kredit bantuan automatik diberikan kepada isi rumah bawah RM2,208

Kredit bantuan automatik diberikan kepada isi rumah bawah RM2,208

BANTUAN secara automatik akan diberikan kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata BN menerusi Perancangan Amal dan Usaha (PADU) akan memberi ‘top-up’ atau tambahan pendapatan bulanan bagi memastikan semua isi rumah di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya pendapatan RM2,208 sebulan.

“Skim ini adalah jalan paling adil, munasabah dan strategik. Bukan sahaja bagi menangani kos sara hidup yang sangat membebankan.

“Namun bagi memastikan tiada lagi isi rumah yang terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan, atau dalam erti kata lain, selepas ini, insiden kemiskinan mutlak hanya akan tinggal sejarah di Malaysia,” katanya pada pelancaran PADU yang disiarkan secara langsung di Facebook BN, malam ini.

Selain itu, beliau berkata bagi potongan dua peratus akan diberikan kepada mereka yang mempunyai pendapatan dalam kelompok M40 dan termasuk dalam kumpulan pembayar cukai antara RM50,000 hingga RM100,000.

“Ini sudah pasti akan membolehkan kuasa beli golongan M40 meningkat dan mengurangkan beban kewangan mereka.

“Selain dua tawaran utama yang bersifat secara langsung ini, PADU turut memuatkan beberapa lagi inisiatif yang akan secara tidak langsung membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup,” katanya.

Komen