PH tanding 212 kerusi kerana serius mahu bentuk kerajaan stabil – Mat Sabu

PH tanding 212 kerusi kerana serius mahu bentuk kerajaan stabil – Mat Sabu

JUMLAH kerusi Parlimen tertinggi ditandingi Pakatan Harapan (PH) iaitu 212 berbanding gabungan parti lain adalah bukti ia serius membentuk kerajaan stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu ditegaskan Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu sebagai penjelasan mengapa PH bertanding paling banyak pada PRU15 kali ini.

Sehubungan itu beliau berharap pengundi dapat memberikan sokongan penuh kepada gabungan tersebut agar PH dapat memenangi PRU kali ini dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan stabil.

“PH paling serius bentuk kerajaan stabil.. jangan bazirkan undi anda,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Calon kerusi Parlimen Kota Raja itu turut berkongsi info grafik jumlah kerusi ditandingi semua gabungan parti pada PRU15 kali ini.

Barisan Nasional (BN) pula bertanding 178 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 171 kerusi, Gerakan Tanah Air (116), Bebas (108), Warisan (52) dan Gabungan Parti Sarawak (31). – Malaysiapost

Komen