Reezal Merican perhalusi setiap cadangan warga Kepala Batas

Reezal Merican perhalusi setiap cadangan warga Kepala Batas

CALON Barisan Nasional (BN) Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerima cadangan dan maklum balas ketika sesi sembang santai dengan masyarakat di kawasan itu.

Reezal Merican meluangkan masa bersama isteri menikmati sarapan dengan warga Permatang Bertam di restoran Nasi Ayam R’Nani, pagi tadi.

Katanya, beliau akan memperhalusi dan mengambil perhatian setiap aduan dan pendapat yang diajukan masyarakat di kawasan itu.

“Sedap sungguh dapat pekena roti sarang burung dengan teh o sambil sembang santai dengan warga setempat, pelbagai cadangan, maklum balas, ada juga aduan saya terima yang mana pastinya akan diperhalusi dan ambil tindakan segera.

CALON Barisan Nasional (BN) Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerima cadangan dan maklum balas ketika sesi sembang santai dengan masyarakat di kawasan itu.

“Saya pesan pada depa untuk menjalankan tanggungjawab pada 19 November nanti kerana mandat telah dikembalikan kepada rakyat. Undi untuk kestabilan, undi untuk kemakmuran dan ‘Undi Demi Kepala Batas’,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan pertembungan empat penjuru di Parlimen Kepala Batas antara BN, Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA), dan Pakatan Harapan (PH).

Reezal Merican bersaing dengan Dr Siti Mastura Mohamad (PN), Hamidi Abu Hassan (GTA), dan Danial Abdul Majeed (PH).

Pada PRU14 Reezal Merican memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,736 undi. – Malaysiapost

Datuk Seri Reezal Merican akan memperhalusi dan mengambil perhatian setiap aduan dan pendapat yang diajukan masyarakat di kawasan itu.

Komen