UCL: Peluang Liverpool balas dendam 

UCL: Peluang Liverpool balas dendam 

FINALIS Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu Liverpool dan Real Madrid akan membuat perhitungan di pusingan ke-16 UCL yang akan berlangsung pada 14 Februari tahun hadapan.

Berdasarkan undian yang dibuat hari ini, juara bertahan Real Madrid akan bertandang ke Stadium Anfield sebelum Liverpool ke Stadium Bernabeu bagi timbal balik kedua yang akan berlangsung pada 7 Mac 2023.

Pertembungan dua gergasi eropah ini amat ditunggu-tunggu selepas Real Madrid menewaskan Liverpool sebanyak dua kali di pentas akhir iaitu pada musim 2017/18 dan 2021/22.  

Pada musim 2017/18 Real Madrid menang 3-1 menerusi jaringan Karim Benzema dan dua gol menerusi Gareth Bale. Manakala jaringan Liverpool menerusi Sadio Mane. Musim lalu pula Real Madrid menang 1-0 menerusi jaringan VinĆ­cius JĆŗnior. 

Berikut senarai pasukan lain yang bakal berentap pada pusingan ke-16 nanti

RB Leipzig vs Manchester City

Club Brugge vs Benfica

AC Milan vs Tottenham

Eintracht Frankfurt vs Napoli

Borussia Dortmund vs Chelsea

Inter vs FC Porto

Paris Saint Germain vs FC Bayern

Komen