Farid Kamil, Acha Septriasa sebagai Anwar dan Wan Azizah 

Farid Kamil, Acha Septriasa sebagai Anwar dan Wan Azizah 

Pelakon filem, Farid Kamil bakal memegang watak utama sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bergandingan bersama pelakon Indonesia, Acha Septriasa yang melakonkan watak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Berita itu tersebar selepas seorang pelakon dari negara seberang dikenali sebagai Hans de Kraker memuat naik gambar Farid bersama tenaga produksi bianglala_entertainment dalam akaun Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, filem berjudul Jalan Masih Panjang diarahkan oleh Viva Westi turut menampilkan pelakon, Hasnul Rahmat yang dijangka memegang watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Farid yang pernah membintangi filem Legenda Budak Setan dilihat turut memuat naik semula hantaran Acha yang menerusi Insta story sekali gus menguatkan lagi kemunculan filem genre politik dan kenegaraan tersebut.

Sebelum ini, pelakon berasal dari Alor Setar, Kedah itu secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Anwar, selain turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin berkenaan.

Komen