Letak calon luar, PAS cuma jadikan Kelantan tempat naikkan pemimpin

Letak calon luar, PAS cuma jadikan Kelantan tempat naikkan pemimpin

PAS didakwa menjadikan Kelantan tempat untuk menaikkan pemimpinnya dan akan meninggalkan tanggungjawab menjaga rakyat selepas memenangi pilihan raya.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bachok, Mohd Zain Yassim, berkata rakyat Kelantan tidak seharusnya dijadikan alat bagi memenuhi kehendak PAS untuk mengangkat pemimpinnya dan bukan berkhidmat untuk rakyat.

“PAS ini macam tidak begitu serius kepada matlamat asal. Sebenarnya kita nak lahirkan pemimpin untuk kita bangunkan masyarakat setempat, khususnya dari segi taraf pendidikan, prasarana.

“Tetapi apabila menempatkan pemimpin (calon) dari luar ia tidak kesampaian kerana sejarah telah terbukti di Kelantan ini menjadikan tempat untuk menaikkan nama besar (bakal pemimpin PAS).

“Akhirnya matlamat asal untuk bangunkan masyarakat dipinggirkan,” katanya kepada Malaysiapost hari ini.

Parlimen Bachok menyaksikan saingan lima penjuru dengan BN diwakili

Mohd Zain yang juga ketua Umno Bachok berdepan saingan lima penjuru dengan Syahir Sulaiman (PAS), Nor Azmiza Mamat (PH) serta Kamarul Azam Othman (Putra) dan calon Bebas, Mohd Zulkifli Zakaria. – Malaysiapost

Komen