PN ketandusan idea, masukkan cuti umum menang PRU15 dalam manifesto

PN ketandusan idea, masukkan cuti umum menang PRU15 dalam manifesto

PERIKATAN Nasional (PN) didakwa sudah ketandusan idea sehinggakan tawaran cuti umum jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk dalam janji manifesto gabungan itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi, berkata tindakan PN itu sekali gus membuktikan gabungan berkenaan tidak mempunyai keyakinan untuk menang.

“Sebenarnya PN sudah ketandusan idea dan tidak ‘confidence’ untuk menang. Sebab itu PN tidak lagi berani berjanji bulan bintang. Takut ‘backfire’ macam PRU14,” katanya menerusi Facebook.

Sebaliknya, Mohd Puad berkata, Barisan Nasional (BN) menawarkan manifesto penyelesaian nasional yang komprehensif berasaskan ‘Ketabilan dan kemakmuran’.

Kelmarin, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan mengisytiharkan cuti umum sekiranya memenangi PRU15.

Muhyiddin berkata, cuti umum itu adalah pada 20 November (Ahad) bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dan 21 November (Isnin) bagi negeri lain.

“Tawaran ini tiada dalam Tawaran PN Best. Saya tahu keinginan rakyat untuk mengundi amat tinggi.

“Ini termasuk pengundi luar yang terpaksa mengundi di kampung halaman atau di tempat lain daripada tempat tinggal mereka,” katanya. – Malaysiapost

Komen