PRU15: Anwar sahkan telah isytihar harta 

PRU15: Anwar sahkan telah isytihar harta 

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah melakukan pengisytiharan harta yang merupakan syarat kepada calon PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar yang juga Presiden PKR  menjelaskan, kelewatan mengisytiharkan harta itu berlaku kerana jadualnya yang padat.

“Sudah selesai dah cuma tempoh hari, saya belum tanda tangan, saya belum pulang ke Kuala Lumpur.  Selesai, tiada masalah,” katanya.

Bagaimanapun, melalui semakan, pengisytiharan harta Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail masih berada dalam status “akan dikemaskini” di laman web parti itu.

Sebahagian besar daripada 72 calon PKR telah menyiarkan pengisytiharaan aset mereka, semalam.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini menyatakan, pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada PRU15 berbuat demikian. – Malaysiapost

Komen