Rara cantik, tapi khidmatnya lebih cantik – Guan Eng

Rara cantik, tapi khidmatnya lebih cantik – Guan Eng

“Rara memang cantik, tetapi khidmat rakyat dia lagi cantik,” kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian menggambarkan mengenai khidmat diberikan pemimpin muda DAP, Young Syefura Othman sepanjang bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari.

Young Syefura atau Rara kini menjadi calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Guan Eng hari ini bersama Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh turun berkempen di Pahang termasuk melawat beberapa kawasan di dalam Parlimen Bentong dan memberi ceramah.

Selain Rara, PH mempertaruhkan Lee Chin Chen sebagai calon DUN Bilut, Kamache Doray Rajoo (calon DUN Sabai) dan wajah baru calon DUN Pelangai, Ahmad Wafiuddin Shamsuri.

Menurut Guan Eng, sambutan dan sokongan yang diberikan oleh penduduk tempatan amat memberangsangkan.

“Menangkan Rara demi membentuk kerajaan Persekutuan baru di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Putrajaya.

“Saya percaya mereka akan berkhidmat dengan baik untuk rakyat, membawa suara anda dengan lantang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pahang dan akan berjuang bersama HARAPAN demi masa depan Malaysia yang lebih baik,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

Komen