Vida tiba di Mahkamah Sepang kes komunikasi sumbang

Vida tiba di Mahkamah Sepang kes komunikasi sumbang

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida tiba di Kompleks Mahkamah Sepang bagi berdepan dengan dakwaan memuat naik komunikasi bersifat sumbang beberapa bulan lalu.

Datuk Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, tiba di perkarangan kompleks berkenaan pada jam 9.50 pagi, lapor Berita Harian.

Beliau dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang.

Semalam, Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berkata ahli perniagaan itu akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Ia berikutan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang.

“Ahli perniagaan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Sepang, pada jam 9 pagi,” katanya.

Difahamkan, kesalahan membabitkan wanita itu adalah menerusi laman web Youtube iaitu melalui sebuah lagu yang viral di media sosial, sekitar beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, atas empat pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April lalu. – Malaysiapost

Komen