Bas bawa pelajar universiti terbalik, 11 cedera

Bas bawa pelajar universiti terbalik, 11 cedera

SEBUAH bas membawa kira-kira 60 pelajar universiti dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim, lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu seramai 11 penumpang dipercayai mengalami kecederaan.

“Kemalangan membabitkan bas terbabas sendiri selepas Simpang Kota Malim Prima.

“Siasatan awal mendapati 11 penumpang termasuk pemandu cedera ringan dan dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dalam masa terdekat.– Malaysiapost

Komen