Belum jadi wakil rakyat Jamal dah buat kerja – Zahid
DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai pemimpin tulen kerana telah berkhidmat kepada masyarakat sebelum diangkat sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar.
“Sewaktu nelayan Sekinchan ditahan di Indonesia, siapa yang perjuangan nelayan dilepaskan? Datuk Seri Jamal!
“Dia buta warna dalam membantu Melayu, Cina, India, Jawa dan Banjar,” kata Presiden Umno itu dalam ceramah di Sungai Besar malam tadi.
Beliau merujuk kepada pembebasan nelayan, Chia Kee Chan dari penjara Indonesia pada 2017 selepas botnya dikaramkan dengan bom dan asetnya dirampas oleh maritim Indonesia.
Tambah Ahmad Zahid, Jamal sebenarnya bukan sahaja pemimpin kepada Sungai Besar malah pemimpin dari Selangor yang akan berada di Dewan Rakyat.
“Sebelum jadi wakil rakyat sudah perjuangan keperluan masyarakat,” tambah Zahid sambil mengimbau kenangan Jamal pernah ke pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk meminta bantuan bagi petani, pesawah, nelayan dan kumpulan B40.
“Tidak ramai pemimpin macam Jamal. Dia sendiri sangup bergolok bergadai guna wang sendiri. Rugilah orang Sungai Besar jika tak pilih Jamal sebagai ahli parlimen,” katanya lagi. – Malaysiapost