Calon UPKK 2022 terkesan pindaan tarikh boleh kemuka rayuan

Calon UPKK 2022 terkesan pindaan tarikh boleh kemuka rayuan

IBU bapa dan penjaga bagi calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 yang terjejas susulan pindaan tarikh peperiksaan itu boleh mengemukakan rayuan mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata pihaknya telah menerima maklum balas ada calon yang mungkin tidak boleh menduduki peperiksaan selepas pindaan tarikh.

Sehubungan itu, beliau berkata, mereka boleh mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan berkaitan kepada agensi pelaksana di negeri masing-masing.

“Rayuan perlu dikemukakan sebelum 15 November ini.

“Keputusan rayuan pula akan dimaklumkan oleh agensi pelaksana kepada calon yang berkenaan sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, UPKK yang dijadualkan pada 14 hingga 17 November depan dipinda tarikh kepada 28 November hingga 1 Disember berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – Malaysiapost

Komen