Covid-19:  3,781 kes baharu, 9 kematian semalam

Covid-19: 3,781 kes baharu, 9 kematian semalam

JANGKITAN harian kes positif baharu Covid-19 terus melonjak dengan 3,781 kes dilaporkan semalam, berbanding 2,521 kes sebelum ini.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW menunjukkan 3,778 kes penularan tempatan, manakala tiga lagi kes import.

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah penularan Covid-19 di negara ini mencecah 4,937,534 kes.

Menurut KKMNOW, sembilan kes kematian akibat jangkitan itu dilaporkan semalam dengan tiga daripadanya meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini jumlah angka korban di negara ini sudah mencecah 36,504 kes dengan 7,773 kes pula meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Secara keseluruhannya, sebanyak 36,250 kes aktif dengan sebanyak 95.1 peratus atau 33,706 kes sedang dalam kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, terdapat 1,676 kes atau 4.7 peratus sudah mendapatkan rawatan lanjut di hospital, unit rawatan rapi (ICU) 28 kes dan 47 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen