Gangguan LRT, laluan Kelana Jaya digantung 7 hari
PERKHIDMATAN LRT laluan Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung selama 7 hari bermula hari ini, sehingga 15 November.
Perkara itu dimaklumkan Rapid KL menerusi satu kenyataan jam 5 pagi tadi.
Penggantungan hingga 15 November ini melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park.
Laluan itu, Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral.
Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.
Sementara itu, lain-lain stesen beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam.
Ia melibatkan 22 stesen termasuk dari Gombak ke Putra Heights.
Perkhidmatan akan mula beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam bermula 9 hingga 15 November.
Gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya bermula jam 8.39 malam Selasa itu dipercayai akibat masalah pemanduan automatik.
Ia melibatkan laluan antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen Ampang Park.
Dalam pada itu Prasarana Malaysia Berhad dijadual mengadakan satu sidang media pada jam 10.30 pagi ini untuk kemas kini berkaitan masalah gangguan yang berlaku. – Malaysiapost