GTA lancar manifesto esok

GTA lancar manifesto esok

GERAKAN Tanah Air (GTA) akan melacarkan manifesto esok, kata Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri itu berkata manifesto itu berkisar tentang mewujudkan kerajaan yang bersih, namun beliau enggan mendedahkan secara terperinci tawaran yang ingin diberikan kepada rakyat.

“Tetapi kita tidak mahu janji yang bukan-bukan. Mewujudkan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah adalah lebih penting,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Beliau turut menyindir semua parti yang memperkenalkan manifesto masing-masing yang didakwa tidak mampu merealisasikan apa yang dijanjikan.

GTA menyenaraikan seramai 121 calon Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Parti Pejuang yang dipimpin Mahathirakan mewakili 60 kerusi Parlimen, manakala Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang diketuai Datuk Ibrahim Ali mewakili 34 kerusi.

Bagi Gagasan Bangsa yang menghimpunkan badan-badan bukan parti mewakili 11 kerusi Parlimen dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mewakili lapan kerusi serta dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) mewakili empat kerusi. – Malaysiapost

Komen