PeGUMN jamin sekuriti negara menjelang 2040
KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Laporan Draf Akhir Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (PeGUMN).
Berdasarkan kenyataan di Facebook rasmi KPKT, mesyuarat itu dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk M Noor Azman Taib di Hotel Everly, Putrajaya, hari ini.
“Kajian ini bermatlamat untuk pengekalan, pemeliharaan, pemuliharaan dan peningkatan kawasan sumber makanan negara untuk mencapai kadar sara diri dan menjamin sekuriti makananan negara menjelang tahun 2040,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost