Pelabur luar nantikan kerajaan stabil di bawah PH

Pelabur luar nantikan kerajaan stabil di bawah PH

PELABUR luar menantikan sebuah kerajaan yang stabil untuk mentadbir Malaysia bagi membolehkan mereka melabur di negara ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata hanya gabungan itu dapat memberi keyakinan kepada pelabur luar untuk melabur di negara ini.

“InsyaAllah dengan undi rakyat Malaysia kita mampu lakukan perubahan drastik kepada ekonomi negara dan kebajikan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Dalam hantaran berasingan, Anwar berkata
rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah termasuk yang berada di luar negara harus berganding bahu mengundi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, langkah itu perlu jika mereka mahu menyelamatkan negara daripada politik korup dengan pemerintahan baharu yang lebih baik.

“Negara juga amat memerlukan kepimpinan yang mampu mencetuskan keyakinan rakyat sebelum kita boleh bermimpi mencetuskan keyakinan luar dan kemudiannya pelaburan.

“Jadi bangkit rakyat Malaysia kita buat perubahan kepada negara tercinta kita ini,” katanya. – Malaysiapost

Komen