Perjuangan BN bukan untuk bangsa, negara dan agama – Tun M
BARISAN Nasional (BN) tidak lagi memperjuangkan untuk bangsa, negara dan agama.
Sebaliknya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, BN yang dipimpin Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah berjuang untuk kepentingan peribadi para pemimpinnya yang terpalit dalam ‘kluster mahkamah’.
“Inilah perjuangan Barisan Nasional.
Perjuangan untuk diri sendiri dan tidak untuk bangsa, negara dan agama.
“Jika menang besar dan dia jadi PM, maka kesnya akan digugur bersama dengan kes 1MDB Najib dan lain-lain penjenayah yang memimpin UMNO dan BN,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ahmad Zahid yang masih menghadapi kes mahkamah memang mengharapkan BN menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
“Zahid berhadapan dengan didapati salah.
Sebelum itu ia harap PRU 15 akan diadakan. Dan ia harap akan menang besar seperti yang dijelas oleh Zahid,” katanya. -Malaysiapost