77.9 peratus rakyat Malaysia setuju Konsep Keluarga Malaysia harmonikan perpaduan kaum
KAJIAN Ilham Centre mendapati 77.9 peratus responden bersetuju bahawa Konsep Keluarga Malaysia adalah amat baik dalam menjaga keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
Berdasarkan kajian soal selidik daripada 1211 responden itu turut mendapati lebih dari separuh responden (59.5 peratus) mengakui bahawa inisiatif, bantuan dan dasar Keluarga Malaysia telah memberi manfaat kepada mereka dan ahli keluarga.

“Selain itu, sebanyak 49.9 peratus menyatakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai misi jelas dalam mengutamakan kebajikan rakyat.
“Ini dizahirkan melalui Bantuan Keluarga Malays ia (BKM) yang membawa manfaat secara bersasar dan komprehensif bagi meringankan beban rakyat,” menurut kenyataan itu hari ini.Â
Kajian ‘Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Dan Dasar Keluarga Malaysia’ ini dilaksanakan selama 3 minggu bermula 20 Oktober sehingga 6 November lalu yang melibatkan kaji selidik secara tatap muka di lapangan.
Proses pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif ini melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. -Malaysiapost