Amy Search, Anna Jobling turun Konsert Anak Muda Gegor di Bera

Amy Search, Anna Jobling turun Konsert Anak Muda Gegor di Bera

PENYANYI rock tanah air, Amy Search dan pelakon drama fenomena `Melur Untuk Firdaus’, Anna Jobling antara artis bakal memeriahkan ‘Konsert Anak Muda GEGOR Bera’, yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Bera, Sabtu ini.

Konsert sempena Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera itu turut menampilkan beberapa lagi penyanyi terkenal seperti Hael Husaini, Afieq Shazwan, Zoey Rahman, Nizam Laksamana, Fazli Zainal, Santesh, Lock Up, Ex Puxxle dan Lin Kah Jun.

Konsert bermula 8.30 malam itu diadakan secara percuma, bertujuan menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penduduk Bera yang terdiri pelbagai bangsa, kaum dan agama, selain muzik sebagai elemen perpaduan.

Sementara itu, Amy Search melahirkan perasaan teruja kerana dapat beraksi kali pertama di hadapan Keluarga Malaysia di Bera.

“Pastinya saya akan memberi persembahan istimewa untuk peminat di Bera malam Sabtu nanti. Nak tahu apa yang istimewa, kenalah datang beramai-ramai ke Konsert Karnival Keluarga Malaysia Sabtu ini,” katanya.

Bagi Anna pula, dia sangat teruja untuk ke Bera bertemu peminat apatah lagi ramai dalam kalangan peminatnya menghantar pesanan secara peribadi di akaun instagram miliknya menyatakan hasrat untuk bertemu.

‘’Sejak semalam, Anna tak putus-putus menerima DM dari Bera yang bertanyakan tentang kehadiran Anna di Program Karnival Keluarga Malaysia: Abnak Muda Gegor Bera,’’ katanya.

Pengerusi Miat Quadra E-Sport Club, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal, yang juga penganjur Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda Gegor Bera berkata, konsert itu bertujuan menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penduduk Bera serta kawasan sekitarnya.

“Kita maklum selain sukan, bidang hiburan juga platform berkesan dalam menyatupadu Keluarga Malaysia yang berbilang kaum, ” katanya dalam kenyataan hari ini. – Malaysiapost

Komen