Covid-19: 3,267 kes baharu, 10 kematian
SEBANYAK 3,267 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, dengan dua daripadanya merupakan kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal KKMNOW, sebanyak 10 kes kematian baharu akibat wabak itu direkodkan.
Dua daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti hospital (BID).
Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini meningkat kepada 36,514.
Seramai 1,635 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 91 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Daripada jumlah itu, 63 pesakit dilapor memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh yang direkodkan pula ialah 4,026, menjadikan jumlah keseluruhannya dalam negara kepada 4,865,677 kes. – Malaysiapost