PM setuju perluas pemberian komputer riba kepada pelajar M40

PM setuju perluas pemberian komputer riba kepada pelajar M40

PERDANA Menteri secara secara dasarnya sudah bersetuju memperluaskan pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar M40 sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Presiden Umno.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, berita gembira itu disampaikan kepadanya dalam pertemuan bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi.

“Walaupun tidak dimasukkan dalam manifesto kumpulan M40, atas persetujuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjumpa dengan saya pagi tadi.

“Beliau pada dasarnya telah bersetuju untuk meliputi (memperluaskan) pembahagian laptop (komputer riba) ini kepada anak-anak dalam kumpulan M40 sekali di seluruh negara,” katanya seperti dilapor Malaysiagazzete.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid berkata, BN bersedia menawarkan kemudahan komputer riba kepada pelajar golongan M40 dan guru yang mana tawaran baharu itu antara penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dalam manifesto jika terus kekal mentadbir negara. – Malaysiapost

Komen