Polisi, dasar Kerajaan Keluarga Malaysia diterima rakyat, kata Ilham Centre 

Polisi, dasar Kerajaan Keluarga Malaysia diterima rakyat, kata Ilham Centre 

KAJIAN Ilham Centre mendapati rakyat Malaysia menerima polisi dan dasar kerajaan yang baik dalam konteks menjaga keharmonian kaum bersesuaian dengan kemajmukan rakyat di Malaysia. 

Kajian soal selidik terhadap 1211 responden itu mendapati pencapaian tertinggi diperolehi kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada program Jamin Kerja dan Diskaun Saman PDRM yang mendapat sambutan 82.5 peratus. 

“Kajian yang dilakukan selama bermula 20 Oktober sehingga 6 November lalu secara umumnya mendapati rakyat menerima idea dasar Keluarga Malaysia sebagai wadah perpaduan. 

“Sebanyak 75.8 peratus bersetuju bahawa semangat Keluarga Malaysia mampu mengekalkan kemanan dan kerukunan. 

“Malah 58.5 peratus bersetuju bahawa Keluarga Malaysia juga mampu mencegah perpecahan rusuhan kaum di Malaysia,” menurut kenyataan itu, hari ini. -Malaysiapost

Komen