Speedy Tigers cipta sejarah, muncul juara hoki Piala Sultan Azlan Shah
MALAYSIA akhirnya muncul Juara Hoki Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan Korea Selatan 3-2, sebentar tadi.
Penantian 39 tahun itu berakhir menerusi gol padang Shello Silverius dan Aminuddin Zain serta strok penalti oleh Razie Rahim.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Azlan Shah itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Skuad hoki lelaki negara layak ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2022 selepas mempamerkan aksi berbisa membenam Jepun 4-2 dalam perlawanan terakhir liga.

Malaysia tidak pernah muncul juara sejak kejohanan berprestij itu sejak diperkenalkan pada 1983 dengan pencapaian terbaik adalah naib juara sebanyak lima kali.
Pada edisi terakhir 2019 menyaksikan skuad negara meraih tempat ketiga selepas menewaskan Kanada 4-2, manakala juara menjadi milik Korea Selatan dan India naib juara. – Malaysiapost