Calon PN, BN ‘sporting’ bertembung di Pasar Tani ketika berkempen

Calon PN, BN ‘sporting’ bertembung di Pasar Tani ketika berkempen

MEMASUKI hari ketujuh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kebanyakan calon memberi tumpuan di lokasi tertentu yang dikunjungi ramai orang untuk berkempen.

Di Pasar Tani Tanah Merah di Kelantan hari ini, dua calon kerusi Parlimen Tanah Merah iaitu Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Perikatan Nasional) dan Mohd Bakri Mustapa (Barisan Nasional bertembung ketika bertemu pengunjung.

Kedua-dua calon kelihatan ‘sporting’ walaupun berlainan parti selain turut mendapat tepukan pengunjung dan peniaga di pasar berkenaan.

Malah, mereka sempat bertanya khabar masing-masing serta suasana kempen selama hampir seminggu.

Ikmal Hisham ringkas menyebut PRU15 adalah perlawanan persahabatan sesama mereka.

Pada masa sama, Ikmal dan Bakri juga sempat bergambar dengan memegang poster calon pihak lawan dan sempat berpelukan sebelum masing-masing meneruskan kempen.

Situasi ditunjukkan kedua-dua calon itu mendapat reaksi positif daripada pengunjung dengan rata-rata memuji sifat profesional mereka. – Malaysiapost

Komen