Durian runtuh menanti Speedy Tigers

Durian runtuh menanti Speedy Tigers

GANJARAN menanti skuad hoki lelaki negara selepas menjuarai Piala Sultan Azlan Shah, semalam.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata imbuhan sememangnya menanti para pemain, namun perkara itu perlu dibentangkan kepada barisan lembaga eksekutif terlebih dahulu.

“Ganjaran itu ada, hanya saya perlu lontarkan idea kepada barisan lembaga eksekutif. Saya tak boleh buat keputusan sendiri.

“Apabila semua jawatankuasa bersetuju, kita akan buat majlis untuk meraikan kemenangan mereka,” katanya pada sidang media bersama Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Datuk Tayyab Ikram di Mont Kiara, hari ini.

Semalam, Speedy Tigers menamatkan penantian 39 tahun apabila muncul juara edisi ke-29 selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Tiga gol skuad negara dijaringkan oleh Shello Silverius, Muhammad Razie Rahim dan Aminudin Mohd Zain. -Malaysiapost

Komen