Lebih 1,000 anggota polis undi pos hari ini

Lebih 1,000 anggota polis undi pos hari ini

SERAMAI lebih 1,000 anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman menunaikan tanggungjawab mengundi pos untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi kenyataan di Facebook, berkata proses pengundian pos bermula jam 8 pagi dan berakhir kira-kira 1 tengah hari tadi.

Katanya, proses pengundian berjalan dalam keadaan lancar.

Antara yang terlibat dalam pengundian awal ialah Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Khaw Kok Chin; Komander Unit Tindakan Khas (UTK)), Senior Asisten Komisioner, Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.

Turut terlibat, Timbalan Komander Operasi UTK, Asisten Komisioner Hisham Mahmood dan Ketua Penolong Pengarah Bantuan Teknik (D6), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Mustafa Abidin.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU15.

Sementara, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November, manakala hari pengundian awal pada 15 November. – Malaysiapost

Komen