Najwa Latif sah bergelar isteri ahli muzik
PENYANYI Najwa Latif sah menjadi isteri kepada ahli muzik, Akwa Ariffin, hari ini.
Najwa, 27, atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkongsi berita gembira tersebut menerusi hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah, kami dah grad,” tulis Najwa.
Dalam hantaran itu Najwa dan Akwa bergambar di atas pelamin dengan mengenakan baju pengantin berona putih sedondon.
Rata-rata netizen terutama peminat meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya pelantun lagu ‘Cinta Muka Buku’ itu sudah mendirikan rumah tangga kerana tiada sebarang khabar angin sebelum ini.
Hantaran itu juga menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis seperti Aina Tasneem, Adi Fasla dan Dayah Bakar.
Sebelum ini, Najwa dan Akwa pernah bernyanyi bersama dalam sebuah lagu yang berjudul Tak Kisah Pun. – Malaysiapost