Reezal Merican lancar Aku Janji Kepala Batas malam ini

Reezal Merican lancar Aku Janji Kepala Batas malam ini

DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican akan melancarkan Aku Janji Demi Kepala Batas khusus bagi pengundi di Parlimen itu pada jam 8 malam ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Kepala Batas itu berkata, pelancaran Aku Janji itu akan diadakan bertempat di Wisma Umno, Kepala Batas.

“Sebagaimana tawaran Perancangan Amal dan Usaha Barisan Nasional untuk Malaysia yang dilancarkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi demi manfaat kepada Keluarga Malaysia keseluruhannya,

“… Aku Janji Demi Kepala Batas ini merupakan tawaran saya khusus untuk Keluarga Besar Kepala Batas yang saya kasihi.

“Insya Allah, ini adalah usaha, ikhtiar untuk kita terus membangunkan Kepala Batas, membawa limpahan kemakmuran dalam kestabilan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan pertembungan empat penjuru di Parlimen Kepala Batas antara BN, Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA), dan Pakatan Harapan (PH).

Reezal Merican bersaing dengan Dr Siti Mastura Mohamad (PN), Hamidi Abu Hassan (GTA), dan Danial Abdul Majeed (PH).

Pada PRU14 Reezal Merican memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,736 undi. – Malaysiapost

Komen