Tun M dakwa Najib desak PRU-15 diawalkan untuk selamatkan diri
TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan awal berikutan desakan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menyelamatkan diri dari penjara.
Calon Gerakan Tanah Air (GTA) Parlimen Langkawi itu berkata Najib menggesa Parlimen dibubarkan dengan harapan Barisan Nasional (BN) menang besar pada PRU nanti.
Mahathir mendakwa perkara ini berlaku selepas kerjasama antara Umno dan PAS menemui kegagalan, selain kerjasama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang melompat untuk bersama Umno bagi membentuk kerajaan juga tidak dapat menyelamatkan Najib.
“Kerajaan menjadi tidak stabil. Bila-bila Najib boleh tarik sokongan dan menjatuh kerajaan. Bukan Kerajaan Melayu Islam yang diminati oleh Najib. Tujuannya ialah untuk selamatkan dirinya dari di penjara.
“Apabila kerajaan-kerajaan pintu belakang gagal menyelamat Najib, sokongan Najib ditarik balik untuk tukar kerajaan.
“Akhirnya Najib gesa supaya Parlimen dibubar dengan harapan BN menang besar dalam PRU-15, dan Najib diampun serta kes 1MDB digugur. Maka berpeluanglah banduan menjadi Perdana Menteri,” katanya.- Malaysiapost