Zamsaham harap Annuar bantu bayar hutang KAFA berjumlah RM3.93 juta

Zamsaham harap Annuar bantu bayar hutang KAFA berjumlah RM3.93 juta

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman menyambut baik hasrat bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu bola sepak Kelantan.

Namun Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham lebih berbesar hati jika Annuar membantu membayar hutang KAFA berjumlah RM3.93 juta.

“Saya sangat berbesar hati jika Tan Sri bantu KAFA bayar hutang RM3.93 juta yang sudah saya keluarkan untuk bantu bayar hutang-hutang pemain dan jurulatih yang ada antaranya bayaran ratusan ribu untuk seorang jurulatih.

“Jika benar Tan Sri mahu bantu sungguh bertuah saya dengan kenyataan ini dan bersedia jumpa Tan Sri minggu depan di Kelantan mahupun Kuala Lumpur,” katanya di Facebook.

Zamsaham berharap dalam pertemuan bersama Annuar nanti, isu hutang KAFA itu dapat diselesaikan bagi memudahkan Kelantan FC berbelanja pada musim 2023.

Terdahulu Annuar menawarkan diri untuk membantu pasukan bola sepa Kelantan dan kesediaan itu merangkumi soal kewangan mahupun pentadbiran pasukan bagi bersaing di perlawanan Liga Super musim depan.- Malaysiapost

Komen