Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama 

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama 

ALIRAN trafik di lebuh raya utama dilapor mengalami pertambahan kenderaan susulan orang ramai bergerak pulang setelah menunaikan tanggungjawab memilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semalam. 

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dalam hantaran Facebook, memaklumkan trafik perlahan di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Barat Kuala Lumpur, sepanjang 3 kilometer (KM) sebelum masuk Plaza Tol Karak. 

Trafik juga bergerak perlahan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK)  arah Barat, dari persimpangan Karak ke Plaza Tol Bentong terus ke Lentang. 

Katanya, pertambahan kenderaan juga berlaku dari Bukit Tinggi ke Genting Sempah dan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) ke Plaza Tol Gombak. 

Sementara itu, aliran trafik juga dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) antaranya dari Permatang Pauh ke Perai, Kuala Kangsar ke RnR Sungai Perak dan Gopeng ke Tapah. 

Manakala, trafik juga perlahan di arah Utara di mana satu Lorong SmartLane diaktifkan dari KM260 hingga KM263.1 dari Persimpangan Port Dickson (U) ke Port Dickson. – Malaysiapost

Komen