Alunan merdu al-Quran pahat sejarah Piala Dunia 2022 

Alunan merdu al-Quran pahat sejarah Piala Dunia 2022 

BEKAS Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji ketegasan Qatar dalam penganjuran Piala Dunia 2022 yang dibuka secara rasmi semalam. 

Ia susulan larangan kepada penyokong LGBT membawa bendera lambang golongan tersebut masuk ke dalam stadium sepanjang kejohanan berlangsung. 

Selain itu tiada penjualan alkohol di lapan stadium yang menganjurkan 64 perlawanan. 

Zulkifli juga menzahirkan rasa bangga apabila upacara pembukaan kejohanan sukan paling berprestij di dunia itu telah memahat satu sejarah baharu. 

“Sejarah yang terpahat indah tersebut ialah petikan alunan merdu ayat Al-Quran dibacakan oleh Qari Remaja OKU, Ghanim Al-Muftah yang berusia 20 tahun.  

“Beliau juga dilantik sebagai Duta Piala Dunia pada edisi kali ini oleh FIFA. 

“Ketegasan berprinsip kerajaan negara Qatar dan penganjur Piala Dunia kali ini juga amat wajar dipuji seperti contoh tindakan tegas memberi amaran larangan pihak penyokong LGBT membawa bendera ke dalam stadium,” katanya. – Malaysiapost

Komen