Banyak bertenang, jangan stress, titah Agong

Banyak bertenang, jangan stress, titah Agong

BANYAK bertenang dan jangan stress, demikian titah nasihat Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada petugas media.

Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli turun dari kenderaannya untuk beramah mesra dengan puluhan petugas media dari dalam dan luar negara yang berkampung di luar Istana Negara.

“Dah makan ke belum?,” tanya Seri Paduka Baginda sebaik turun dari kenderaannya.

Al-Sultan Abdullah kemudian menasihati petugas media agar bersabar dalam menunggu pembentukan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

“Banyak bertenang, kerajaan ‘care taker’ masih ada, berjalan (berfungsi) seperti biasa‚Ķ jaga kesihatan semua dan jangan stress,” titah Baginda.

Ketika cuba menghampiri petugas media, yang di-Pertuan Agong diberitahu ada lecak air, Seri Paduka baginda meneruskan langkahnya sambil berkata: “Lecak saja, bukan ada buaya”.

Komen