Nad Zainal ditidurkan akibat jangkitan paru-paru

Nad Zainal ditidurkan akibat jangkitan paru-paru

PELAKON Nad Zainal terpaksa ditidurkan selama dua hari akibat jangkitan paru-paru selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan.

Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza menerusi satu hantaran di Instagram, semalam.

“Mohon semua doakan Nad yang sedang berada dalam ICU. Semoga beliau diberi kesembuhan sepenuhnya… Amin,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon yang juga rakan baik Nad, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz turut memohon doa peminat agar aktres itu cepat sembuh.

“Saya mohon doa semua kepada Nad yang dimasukkan ke ICU hari ini (semalam) akibat jangkitan paru-paru.

“Beberapa prosedur sudah diambil. Nad stabil mengikut kata doktor. Namun, Nad benar-benar tidak sihat… Mohon doa semua ya.

“Allahumma yashfihaa,” luahnya melalui hantaran Insta Story.

Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Nad, 32, tidak begitu baik selepas dijangkiti Covid-19. – Malaysiapost

Komen