Nad Zainal kritikal di ICU

Nad Zainal kritikal di ICU

PELAKON Nad Zainal kini sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Ampang Puteri dipercayai akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Berita tersebut dikongsi sahabat karibnya, yang juga pelakon terkenal Ungku Ismail Aziz dalam Insta Story terbaharunya, hari ini.

Beliau juga memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Nad.

“Nad sedang kritikal sekarang dalam ICU. Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala,” tulisnya.

Pelakon diri ‘Takdir Yang Tertulis’ itu dilaporkan kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Berikutan itu, Nad mengambil keputusan ke hospital pada Ahad lalu dan keadaan kembali baik selepas makan ubat yang diberikan doktor.

Bagaimanapun, Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Nad, 32, tidak begitu baik berkemungkinan selepas beliau dijangkiti Covid-19. – Malaysiapost

Komen