PH atau PN pilihan BN, satu analisis ringkas mengenainya

PH atau PN pilihan BN, satu analisis ringkas mengenainya

Pelbagai pihak berhujah tentang dengan siapa BN patut bersama, baik Pakatan Harapan (PH) ataupun na Perikatan Nasional (PN) mahu kekal sebagai pembangkang.

Di sini kita dapat buat rumusan seperti berikut:

Dari sudut musuh perjuangan politik?

Musuh utama Umno/BN adalah DAP. Kedua adalah Bersatu dan ketiga adalah Pakatan Harapan (PH).

Dari sudut agenda politik negara?

Umno/BN memilih Kestabilan politik negara bagi mencapai kemakmuran bersama. (Tidak timbul soal dengan siapa kerjasama). Agenda utamanya adalah seperti manifesto BN – PADU dapat dilaksanakan segera.

Dalam soal penubuhan kerajaan pasca PRU15?

Umno/BN yg memenangi hanya 30 kerusi, memilih menjadi pembangkang yang akan menolak polisi tidak baik atau tidak adil pada rakyat.

Jika kerajaan majoriti tidak dapat tubuh apa tindakan BN?

Solusinya, akui bahawa PH, PN bukan penyelamat negara lalu berbincang wujudkan ‘Confidence & supply agreement’ dan jika perlu, perjanjian politik (tahaluf siyasi) untuk “bersekedudukan”. Jika tiada pencapaian, PRU-16 adalah jalan terakhir.

Bagaimana perlaksanaan UMNO/BN dlm membantu menubuh kerajaan majoriti?

Umno/BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong. Di samping itu, menilai tawaran tawaran desperado PH/PN. Jika sesuai, menyokong secara “enbloc” pihak yang disangka memberi kerjasama atau sinergi terbaik – yang mana akhirnya memberi pulangan yang baik untuk rakyat.

Adakah Umno/BN mengorbankan perjuangan asal parti?

Tidak, kerana dalam soal penubuhan kerajaan, ahli politik perlu peka dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik kepartian atau individu. Menjadi tanggungjawab ahli Parlimen Umno/BN selaku “statesmen” negara, ketepikan politik kepartian, menubuhkan kerajaan lalu memastikan rakyat didahulukan.

Apa penilaian Umno/BN terhadap PH dan PN?

Penilaian Umum adalah kedua-duanya tak boleh pakai! Manifesto berat sebelah, ideologi terlalu far right atau far left”. Tidak punyai ‘balancing’ formula. Tidak ramai pemimpin berpengalaman. Dan kesukaran mewujudkan kerjasama yg saling lengkap melengkapi.

Apakah salah satu contoh utama perbandingan PH dan PN?

PH didominasi etnik dan ideologi bukan Bumiputera. PN pula didominasi oleh Bumiputera. Jika pilih PN, dasar perkauman mungkin lebih dominan. Jika pilih PH, ketidakseimbang menjadi pulih.

Pandangan pada PH,PN dari sudut pembangunan ekonomi?

Secara umumnya:
PH

  • Formula songsang dan kaki batalkan projek mega, yang akhirnya merencatkan perkhidmatan untuk rakyat.
  • Kaum Bumiputera akan lebih jauh ketinggalan

PN

  • Belanjawan ikut suka yang tinggi melalui penambahan hutang kerajaan, namun tiada visi dan misi mendapat pulangan.
  • Bakal gagal menarik pelabur asing seperti di Kelantan.

Adakah Umno/BN akan menarik sokongan kepada kerajaan PH,PN kemudian hari?

Bergantung pada prestasi ekonomi dan keseluruhan kerjasama politik serta perlaksanaan bersama tuntuntan BN. Ia juga bergantung pada tempoh CSA.

Sudahkah PH memberi tawaran desperado kepada BN?

Pemimpin PH telah hadir beramai-ramai di Seri Pacific untuk berkenalan dan membincangkan secara umum kerjasama yang berpotensi ditubuhkan.

Sudahkah PN memberi tawaran desperado kepada BN?

Setakat ini, PN tidak membincangkan sebarang tawaran secara rasmi. Hanya mengunakan “broker-broker” tertentu melalui saluran tidak diiktirafkan. Cubaan mencuri sokongan melalui cara bathil sudahpun dibatalkan melalui kenyataan BN.

Apakah faktor utama kerjasama mungkin ditolak?

PN
A) Tan Sri Muhyiddin Yassin
B) Bersatu

PH
A) Datuk Seri Anwar Ibrahim
B) Parti DAP

Apakah nasihat umum khas utk penyokong BN?

-Kesediaan diri untuk kerjasama politik sementara.

-Kekal bersatu hati dan memastikan survival parti.
-Tolak broker yang memecahbelahkan parti dan berkepentingan hanya untuk dirinya sendiri.
-Segera pecat/gantung pemimpin yang memburukkan kepimpinan dan imej parti.
-Bersabar sehingga penerangan diberi kepada semua ahli Umno/BN.

Analisis ringkas ini merupakan tulisan Hisham Hashim yang juga mahasiswa di sebuah universiti tempatan mengenai kerjasama pasca PRU-15.

Artikel ini merupakan pandangan penulis dan tidak mewakili Malaysiapost

Komen