Anwar sedia berdepan undi percaya di Parlimen, bukti keabsahan

Anwar sedia berdepan undi percaya di Parlimen, bukti keabsahan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menerima cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu keabsahannya sebagai Perdana Menteri dibuktikan pada sidang Dewan Rakyat 19 Disember depan.

Anwar berkata, beliau telah meminta Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk mengemukakan usul undi percaya kepadanya pada sidang Parlimen itu.

“Saya ingin jelaskan kita tetapkan sidang Parlimen pada 19 Disember, usul pertama selain angkat sumpah…Usul pertama (ialah) usul undi percaya di Parlimen.

“Tak timbul tentang keabsahan kita yang ada,” katanya dalam sidang media pertama di Kajang, malam ini .

Terdahulu petang tadi, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mencabar Muhyiddin mengemukakan jumlah sokongan yang dimilikinya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin mendakwa beliau telah mendapat 115 sokongan Ahli Parlimen termasuk 10 daripada BN untuk membolehkannya diangkat sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin turut mendakwa beliau juga mendapat sokongan daripada GPS yang memilik 23 Ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sehingga petang tadi beliau telah menerima pengesahan mengenai sokongan daripada BN dan GPS terhadapnya.

“Saya dapat pengesahan daripada sahabat saya Abang Jo ( Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg) mereka bersama dalam kerajaan. Soal kestabilan tidak berbangkit,” katanya.- Malaysiapost

Komen