Anwar umum Isnin cuti khas

Anwar umum Isnin cuti khas

Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin, 28 November sebagai cuti kelepasan am.

Perkara itu dimaklumkan Anwar pada sidang akhbar pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, malam ini.

“Saya sudah bincang dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan Yang di-Pertuan Agong kerana saya sudah janji untuk beri cuti dan dianjak kepada Isnin depan” katanya.

Anwar selesai mengangkat sumpah di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara, jam 5.30 petang.

Pengerusi Pakatan Harapan itu selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada jam 5 petang.

Beliau kemudian menandatangani dokumen berkaitan sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ia sekaligus menamatkan teka-teki selepas lima hari Parlimen berada dalam situasi tergantung berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu, menyaksikan tiada mana-mana pihak berjaya mendapat majoriti 50 peratus daripada kerusi yang dipertandingkan. – Malaysiapost

Komen