Sebaik angkat sumpah, ini hantaran Facebook pertama PM10

Sebaik angkat sumpah, ini hantaran Facebook pertama PM10

“AMANAH akan digalas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia hantaran Facebook pertama dimuat naik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebaik mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri petang tadi.

Menurut Perdana Menteri, tugas berat itu akan beliau pikul berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukannya. – Malaysiapost

Terdahulu Anwar selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada jam 5 petang petang.

Beliau kemudian menandatangani dokumen berkaitan sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.-Malaysiapost

Komen