Selamat berkhidmat, ucap Najib kepada Anwar

Selamat berkhidmat, ucap Najib kepada Anwar

DATUK Seri Najib Razak tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Bekas Perdana Menteri itu mengucapkan demikian menerusi hantaran di Facebook rasminya yang kini dikendalikan ahli keluarganya.

“Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menerima perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

“Selamat berkhidmat,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Najib kini dipenjarakan atas kesalahan penyelewengan dana SRC International. – Malaysiapost

Komen