Sepanyol kenduri gol, Jepun cipta kejutan saingan Kumpulan E Piala Dunia 2022

Sepanyol kenduri gol, Jepun cipta kejutan saingan Kumpulan E Piala Dunia 2022

PASUKAN Sepanyol yang memulakan kempen Kumpulan E Piala Dunia Qatar 2022 malam tadi menepati ramalan dengan membenam Costa Rica 7-0 di Stadium Al Thumama.

Penguasaan pasukan yang menjuarai Piala Dunia 2010 itu bermula seawal babak pertama apabila mendahului tiga gol hasil .

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Luis Enrique itu menambah empat lagi gol sekaligus meletakkan Sepanyol kini mendahului kumpulan E.

Terdahulu dalam saingan kumpulan sama pasukan ‘Samurai Biru’ mengejutkan satu lagi pasukan pilihan iaitu Jerman dengan kemenangan 2-1 pada aksi sebelum itu.

Jerman mendahului Jepun dalam aksi babak pertama di Stadium Antarabangsa Khalifa melalui sepakan penalti pada minit ke-33.

Juara dunia empat kali itu menambah jaringan menerusi Kai Havertz, tetapi dibatalkan selepas video bantuan pengadil (VAR) mengesan kedudukan ofsaid.

Bersambung babak kedua, Jepun menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75, manakala gol kemenangan Jepun hadir lapan minit kemudian.

Sementara itu, pasukan Belgium hampir dimalukan Kanada dalam aksi Kumpulan F di Stadium Ahmad bin Ali awal pagi tadi.

Bagaimanapun Kanada gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh bagi mendahului di babak pertama, sebaliknya Belgium berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0. – Malaysiapost

Kredit Foto: Clive Mason/Getty Images

Komen