‘Isnin cuti’, Anwar PM paling ‘trending’ di Twitter

‘Isnin cuti’, Anwar PM paling ‘trending’ di Twitter

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, menjadi topik paling trending di Twitter dengan lebih 94,000 ciapan setakat jam 9 pagi tadi.

Semakan mendapati, dalam tempoh kurang 24 jam Anwar mengangkat sumpah, rakyat Malaysia aktif menulis ciapan mengenainya sepanjang malam kerana jurang antara setiap ciapan hanya dalam beberapa saat.

Ramai daripada mereka tidak berhenti mengucapkan tahniah kepada perdana menteri serta merakamkan rasa terima kasih atas pelantikan beliau.

Ciapan mengenai cuti umum pada Isnin depan juga popular. Rakyat Malaysia gembira dengan pengumuman cuti umum sekali gus membolehkan mereka menikmati hujung minggu lebih panjang.

Terdahulu dalam sidang media pertamanya, Anwar mengisytiharkan Isnin ini sebagai cuti umum di seluruh negara.

Turut trending ialah ciapan mengenai Putrajaya. Ramai yang teruja kerana selepas dua dekad sebagai pembangkang, Anwar kini ‘melangkah’ ke Putrajaya. – Malaysiapost

Komen