Johor umum cuti Ahad rai JDT mara final Piala Malaysia

Johor umum cuti Ahad rai JDT mara final Piala Malaysia

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan mengisytiharkan 27 November (Ahad) sebagai cuti peristiwa untuk negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani, berkata pemberian cuti peristiwa itu susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia esok.

Katanya, pengisytiharan cuti ini selaras dengan peruntukan dalam Seksyen 8 dan 9, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

“Pemberian cuti peristiwa tersebut adalah untuk memudahkan penyokong menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

“Selain memudahkan ia seterusnya memberi keselesaan kepada mereka untuk merancang dan mengatur perjalanan mereka agar tidak tergesa-gesa dan berada dalam keadaan selamat.

“Kerajaan Negeri Johor juga bersetuju menimbal guna tarikh pengistiharan Cuti Umum pada Isnin iaitu 28 November ini yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Hari Cuti Umum bagi negeri ini,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran Facebook mengucapkan tahniah kepada JDT yang telah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 , Sabtu ini.

Katanya mengajak warga negeri ini untuk bersama-sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi terus memberi sokongan padu kepada pasukan JDT.

“Menjunjung Kasih Sultan Johor yang telah memberi perkenan bagi meraikan kejayaan ini.

“Menjunjung Kasih Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi inspirasi kepada orang muda Johor dan sentiasa memberi sokongan kepada atlet-atlet kita,” katanya. – Malaysiapost

JDT akan bertemu denga Selangor FC dalam final Piala Malaysia pada jam 9 malam, Sabtu ini. – Malaysiapost

Komen